Pages

Thursday, July 7, 2011

3 Golongan Manusia

TAHUKAH ANDA???

MANUSIA dibahagikan kepada tiga golongan iaitu:

Hidup demi dunia semata-mata.
     Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): 'Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja, dan kita sekali-sekali tidak akan dibangkitkan.'" (Surah al-An'am 6:29)
Golongan ini ialah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.

Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun...
    Namun mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagian "di sana". Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk menggapai kebahagian di akhirat.

Golongan yang menganggap dunia ini ladang akhirat.
    Meraka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah al-An'am 6:32)

DI MANA agaknya kita?
Tepuk dada tanya iman.

Semoga kita semua berada di dalam golongan yang baik....amin....:)

No comments:

Post a Comment